Friday, July 30, 2010

What??

Demam datang lagi. Huhuhu.. Harap2 demam ini hanya ajak2 ayam sahaja. Esok ada orientasi, jadi fasilitator nak handle junior haruslah berseri. Tapi serious shit, sebab demam nila banyak benda aku terlepas. First rapat umum macam apa, aku merapu dah semua orang pun baik hati mendengar. Tak dapat nak menderma darah (Ada hati jgak walaupun tau pitam kalau tengok darah banyak sangat) dan sekarang tengah terlepas upacara mentor mentee day. Apa kejadah aku nak sedih sangat tak turun? Sebab ada BBQ!! free lagi tu! isk2.. sampai hati.. tapi xpa, pesan kawan baikkan hati tapau untuk aku, siap minta tolong dia pergi ambil map dekat ofis lecturer. Map tu takde kaitan dengan mentor mentee tapi kene fotostat untuk projek dan menambahkan bilangan2 map yang bersepah dalam bilik. Bakal engineer ni..LOL!

Berkenaan dengan demam.. seminggu dah ni wey, x pandai nak sembuh. Orang x dpt nak dengar sgt apa ku cakap sebab sora sengau..huhuuh... Tula, orang suruh g ambik mc, aku dok siap buat tula, buat nila. Nak buat camne, memang minggu ni minggu busy. Rehat sehari aku kurangkan jadi 6 jam. Study, assignment, tidur tetap pukul 2. mantap tu, makan ubat pun aku still leh tahan. Semalam sepatutnye dah ok, bila pagi ni je kene cahaya matahari kat tingkap terus berdenyut balik kepala. Takkan alergk matahari kot? Nonsense.

Malang kedua, masa ni gak aku nak pokai, spek mata kesayangan tu pun di ambang kejatuhan..=.=" Degree mata dn silau dah naik kot, tu mata asyik sakit. Bila la kesempatan biasiswa aku nak masuk ni.. spek itu penting. huhuhu Barang lain gak. Printer aku pun hampeh.

Dan demam membosankan. yela duduk lam bilik tatap laptop tak tau nak buat apa. Aku bosan tengok gambar besi, konkrit dan kira2 sehari2. Ap nak jadi. Peta Bau pun aku x lalu nak tengok. Last2 aku g bukak wikipedia. Orang google addict mcm aku, ade2 je bnda nak di cari. Hari ini aku baru aku tau, Northern Ireland dengan Ireland bukan satu negara. huhu. Kira OK gakla, menambahkan pengetahuan am. And Belfast tu tempat Titanic dibina. Wow. hehehe. Random kan? Kenapa Northern Ireland, aku pun tak tau. Just terfikir pasal P.S I Love You, terus teringat dengan Ireland. Then terbaca pasal Northern Ireland.

Dah2.. makin lama mengadap ni, makin banyak karutan aku. Makan ubat buat aku lapar, so chow chin chow aku nak masak mi. <-- bila nak sihat? ish3




No comments: