Wednesday, August 25, 2010

salahkah aku?

lama dah tak berblog. eh lupa.. good morning y'all! pagi ini harap2la indah dan permai.. ada lab karang so x syok ar kalu hujan or terlalu panas.. ehehhe.
Minggu ni kira event kemuncak, yela dah nak merdeka so memang banyak kerja.. dah lama x update dengan kawan2.. masing2 sibuk dengan kerja sendiri.

Yang aku nak tulis ni pasal perasaan aku kepada sesetengah orang. Aku faham, hidup kat kolej cam survival of the fittest. Kita mengejar cop dan merit semata2 nak stay kolej for another semester. I get that part. Aku pun pernah jadi student awam, k. Dan aku faham masa nila assignment mencurah2 ke ladang gandum dan ini minggu midterm. Itu pun aku faham. Aku pun student gak. So nak juggle masa antara kedua2 benda tu agak sukar. Tapi, apabila ko dah tulis nama nak sertai aktiviti tu means ko sedia nak pikul komitmen tu. So what we xpect is, ko turun and jalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi. Kata mahasiswa, pandai2 ar korang nak balance kan masa. Apa yang menyedihkan, korang tak memberi komitmen yang sepenuhnya, menjadikan perjalanan sesuatu benda tu x lancar. Dan yang seksa menerimanya, kami2 yang kerjanya sepatutnya memantau. Terpaksa cari orang last minute and kerja jadi lambat..

And hari ini aku rasa terkilan. Kecil hati aku yang kecil ni.Nak cakap yang amat sangat tu takla, tapi terkilan jugakla.. okay,okay, fine. korang je yang nak dpt 3 pointer, aku x yah.. korang je nak berehat, aku takyah.. Sometimes pernah tak korang terfikir, aku pun manusia? aku pun perlu rehat? pernah x? aku pun nak grad sama2, aku pun struggle nak naikkan pointer. Ok2 part rehat aku leh consider, tapi kadang2 aku pun nak jugak tidur lebih dari dua jam... Ada masa aku pun taknak balik bilik kol 1 everyday.. aku pun nak segar bila bangun pg.. x rasa restless.. semangat ckit nak turun kelas.. okay, aku tak paksa korang tapi apa salahnya tolong? korang tak rasa masa tu aku perlukan pertolongan. at least pertolongan tu menjimatkan masa untuk buat kerja and tak perlula balik kol 1-2 pagi.. aku x mintak tolong banyak. tapi.. *sigh* ntahla.. aku trasa terkilan.. salahkah aku mintak tolong?

baiklah, kalau kau rasa aku menyusahkan kau,aku ganggu masa rehat kau, aku ikhlas, mintak maaf banyak2..next time aku akan try tak ganggu kau, tak mintak tolong dari kau lagi. Yela kau nak belajar, ko ade midterm nak dapat 3 pointer. Ko nak rehat kan, ko ade kelas awal pagi. Aku bagik orang lain yg nak je la..



Aku manusia. And aku memang jenis tak suka sangat nak luahkan apa yang ada dalam hati. Tapi hati aku kecil. Ada limitnya. Bila pendam banyak2 aku pun leh terasa gak wei. Mintak maafla, kalau sesapa yang terasa. Aku just luahkan apa yang ku rasa.Serius, aku terkilan..

No comments: