Entah.. pernah tak fikir yang dunia kau takkan berubah? Aku pernah. Walau xberkaitan tapi aku harap dunia itu tak berubah. Tapi masa berlalu. Manusia berubah. Jadi dunia berbeza kerana kita menjadi lebih dewasa. Perspektif semakin besar. Dan baru kau tahu dunia ini lebih luas. Lebih luas dari apa yang kau jangka....
ehem.. dunia aku juga begitu.Dunia ku masa sekolah telah lama ditinggalkan dan semakin lama ditinggalkan aku rasa semakin banyak yang berubah. Kawan2.. kehidupan. hubungan..
Dan bila kau sibuk dalam dunia kau, kau lupa dunia kawan2 kau. Sperti aku. Jalan kita ambil jauh berbeza dan kadangkala, kesibukan aku melambatkan aku daripada perkembangan terbaru.
Kiranya masa high school banyak pasangan-pasangan bahagia. Dan aku kagum dengan mereka.Tak aku tak cemburu.. Hahaha..Fine,fine, agak jealous. Tapi nak buat macam mana. tak pernah nak fall in love. Tapi yang penting semua kawan2 ku, laki2 dan juga perempuan dah berpunya. And they were so sweeeeett... Sampai kan aku dah masuk universiti diorang masih bersama. Itu yang aku sangat kagum.. Dari form3.. kiranya 6-7.. or is it 8 tahun? Setianya.. dan benar aku berdoa agar mereka bahagia selamanya. Tapi... ya.. dunia ini luas. Banyak benda kita belum terokai dan belum difahami. Tak semua nya kekal seperti yang dijangka.. Satu demi satu.. break-up story yg ku dengar tahun ini.. Honestly, aku terkejut. Serius.. sebab semua berlaku tahun ini. Entah maybe lama tak follow-up sesama sendiri.. bila dengar breaking news, its kinda surprising.
Random: Banyak2 couple kat sekolah untuk batch aku... tinggal mm.. satu je lagi kot.. (dats y aku terkejut) To Mijan and Wan aku harap korang sampai ke jinjang pelamin.Serius aku doa nih...
P/s: aku menyibuk pasal kisah cinta orang.. yang aku bila lagi? boyfriend pun takdak... hahahha
No comments:
Post a Comment